I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, 23 July 2012

hospital



Assalamualaikum..
Bismillahirahmanirahim..

Seramkan dengan tittle tu..
Tapi untuk budak-budakje..
ingat hospital tu untuk orang sakit je ke?
Orang yang sihat walafiat pon ade je stay kat hospital..
nak tenang kan hati..

*** 
aku & hospital..
Allah uji hamba-Nya dengan pelbagai dugaan.
Ciptaan Allah semua sempurna...

Hati perempuan seusia aku rapuh ,  bile setiap pandangan aku mintak untuk masalah aku.
Luluh..Akan wujud ke lelaki nak jadi imam buat perempuan  yang ta sempurna &  ta cukup sifatnya?
Allah sekali lagi menguji hamba-Nya ..


boleh ke aku hidup bahagia?

Mama,Abah & adik-beradik adalah kekuatan aku..
Mereka adalah sumber kekuatan aku..
Syukur Ya Allah, Engkau kurniakan aku sebuah keluarga yang cukup baik.

mam & abah jangan risau ea kalau tak de lelaki yang sudi jadi imam & menantu mama ,abah k. Akak tetap akan jadi terbaik. Mama & abah kene terima taw akak bukan anak perempuan yang ta sempurna..
Allah tengah uji kakak dengan penyakit nie.


cukup mama abah  jadi pelindung untuk kakak k. Akak janji akan jadi yang terbaek .
Setiap penyakit akan ade ubatnye. Sakit p0n  nak hapuskan dosa akak.
Mama pon penah cakap, biar sakit kan dunia jangan sakit kat akhirat kan.?
Ade oang yang lebih sakit dari kakak . 
Dorang tabah je..


***
# Buat Awak #

saya harap awak bace entry paling peenting nie.
Saya talayak untuk awak.
Kesihatan saya ta izinkan kite untuk teruskan ukhwah nie.
Awak , tetap antara kekuatan saya.
Awak kuat , saya jugak akan terus kuat.
semoga awak bahagia k.
Saya tanak airmata awak menyembah bumi sebab  saya.
maafkan saya .


saya ta bole nak manja dengan awak macam dulu lagi.

Saya akan rindu semua saat beersama dengan awak..

Andai dah tertulis di Luhmahfuz awak jodoh saya , insyaAllah, sejauh mane p0n kite tetap akan bersama. Jika bukan jodoh kite dekat macamana pon, pasti akan ade barrier antara kite untuk memisahkan kite.

Warkahku Buat Kalian . !



Sunday, 22 July 2012

maaf ..





bismillahirahmanirahhim..

salam Ramadhan semua..
da  masuk hari ke-3 Ramadhan..
semoga dipermudahkan segala urusan.

masalah ta penah lari dari  kehidupan manusia..
Dugaan...

Akuhanyamanusia yang lemah. Tak de pape .Semua hanya pinjaman dri Allah semata-mata.
syukur ya Allah . hari nie Engkau Masih izinkan aku untuk terus bernafas dimuka bumi Engkau yang semakin dimamah usia. 
Aku ...
Hanya seorang wanita. Bukan bermakna aku lemah.
mungkin bukan jodoh aku & kau.
kita manusia hanya mampu merancang, Allah yang tentu kan..


semoga awak bahagia..:) 

Dulu kite rancang macam-macam kan.
semua bahagia . 
tapi...tu dulu..sekarang kite da ta sehaluan lagi.
Maaf kan saya sebab ta mampu jadi yang sempurna untuk awak.
juga yang terbaek.


saya bukan yang sempurna.
Allah bagi saya dugaan sikit je. Tapi biar lha saya je yang tanggung.
Biarkan awak teros bahagia..



Tuesday, 10 July 2012

sakit itu datang dari Allah



BISMILLAHIRAHMANIRAHIM .

agak-agak bape lame dah aku tak create entry baru erk ? ade 4 bulan ta ??
nak tahu nape aku tanya cam tu ??
sebab tadi sign in je email , 
terkejut tengok dah laen berbeno . 
nie nak taip entry baru p0n rase kekok sangat .

***

atas tu baru mukadimah nye . ! 

05.07.12
(Khamis)

nie nak habaq mai . khamis lepas aku pegi HKL ( Hospital Kuala Lumpur ) ambil ubat atas nasihat lecture aku . Puan suroh aku ambek antibiotik . tapi aku mintak kat Dr tu ta bagi p0n . Dia boleh kate "nak buad ape antibiotik , virus je " mase aku mintak dye prescripe kan ubat . Aku nie ikut je lha . Dia yang Dr kan . Konon nye betol lha semua nya . Oke lha . 
Balik asrama jalan kaki . Mase tu da mendung nak hujan , dalam hati mintak-mintak lha hujan lepas kteorang sampai kat hostel . Alhamdulillah , syukur . Doa orang sakit nie termakbul . Sampai je hostel hujan rahmat turun dengan lebat nye .

(lebih kurang lha ubat aku )
ubat batuk , antibiotik , selsema , reduce bengkak .
07.07.12

(Jumaat)

Rezeki orang sakit , member aku sorang nie baek hati belanja aku makan Mc'D kat The Mall . Dalam ta larat pon pegi jugak , sebab semua pegi nanti aku sorang je tinggal kat kolej . Mase nie dah mula batuk , selsema , bersin dah . Tetap gagah kan jugak pegi kolej , ye la petang tu nak balik umah da kan .
Actually , dah rase bengkak hari rabu lagi .
petang masok kelas puan Sharifah . 
tengah syok belajar , puan touch bab begok a.k.a MUMPs semua dak kelas tengok & gelak kat aku . 

puan :: kenape ? kamu kene mumps ke ?
aku :: a'ah (dengan nada rock)
puan :: abis nape kamu dalam kelas nie ??
aku :: blurrr ..
puan :: kamu pegi klinik skrg . pegi HEP mintak GL . 
aku : Haish !
puan :: ta de , ta de . kamu sepatutnye kene isolation ( pengasingan) .
aku :: aik . !
*mase nie dak2 semua da pandang aku . cuak seyh !*
puan :: mups nie bole buad kaum laki mandul . 
aku :: ***seriusly ??


Dengan terpakse aku keluar pegi tingkat 7 amek GL. pegi klinik PUSRAWI . haish . ! melayang lagi PTPTN  aku . hAhA 
no giliran 64 . sikit punya lama nak tunggu . Malas betol , da lha jam da nak pukul 4 . sabar je lha aku kan . terpakse jalan kaki . huhu DR nak bagi aku mC seminggu . gler ke hape . memang aku nak cuti lelame nie Buad muka kesian dR bagi 3 hari  (09.07 - 11.07.12 ). hehe
jumpa sorang tanya , penat dah nak jawab . 



kesudahan aku bosan ta taw nak kate dah dok kat umah . kompom subjek banyak ketinggalan . 

Friday, 20 April 2012

2nd anniversary !

21/04/2012 
hari nie genap 2 tahun perhubungan aku dan mR syieda .
macam ta sangka pulak hari yang di nanti dah tiba . bukan ape . kadang tu aku macam tak pecaya ade orang bercinta sampai bertahun-tahun sebabnye aku dulu bercinta kejap-kejap je . haha 
nak kate laku la tu kan .
tak de lha . bak kate mR syieda semua tu cinta monyet .
and one thing yang korang nak taw , mR syieda dah buktikan yang dye antara lelaki yang tahan dengan perangai sikap i taw . haha congrates sayunk . 
ape-ape hal pon , for 2nd anniversary nie , mR syieda agak busy dengan final exam sem4 dye . 
it's oke . kene paham lha mase exam dan cinta-cintun nie ta bole di same kan .
kene pandai manage . 

mR syieda penah ajak aku tunang . 
boleyh dikatekan kerap . 
tak tahu macam mane nak gambarkan perasaan nie. tapi mase mR syieda cakap tuh aku rase macam tak suka .tp dalam diam , aku selalu je story dengan housemate aku nak kawen , ade anak . 
perasaan nie makin kuat mase aku posting kat wad kanak-kanak . ade couple parents nie anak dye masok wad . yang best nye husband dye memang peramah . anak dye chubby + chumel sesangat . dah tu muka husband dye mirip sesangat dengan mR syieda . HAISH ! aku memang ta bole tengok muke dye . rindu membuak-buak seyh . HAHA 
mase aku nak ambek vital sign *medical term,ta taw nak cakap bahase kampung nye ape* anak dye bg keje sama , maksud nye ta nangis . benda tu aku tahu pon sebab mak dye yang cakap . mak dye kate kalo nurse laen cek nges kuat . mane ta nges nye . "muka bapak kaw same dgn mR syieda aku ," HAHA kejam tak ? tak de la . same je . tu semua kebetulan sahaja . budak-budak nie kite kene pandai tackle dye . i'm right ? tu semua psikologi je . HISH ! seram sebut pasal psiko nie . subjek tu la aku kantoi awal sem . haha
pape hal benda da lepas .


nak cincin nie .
agak-agak la bile mak nak sarungkan cincin cam nie kat tangan aku erk ?
teeettttt ! HAHA
tak saba nak tunggu ABANG jadi imam sayang ! 
teeettt ! 
p/s :: jangan perasan lebih-lebih oke . :)

semoga perhubungan kita di berkati Allah .
berkekalan dunia & akhirat hendak nye .
HAHA 


LOVE YOU DAMN MUCH !

Saturday, 14 April 2012

niat . !


ketika berwuduk niatkan dlam hati..

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan,
... "Ya Allah, putihkanlah >mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, lindunglah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini".

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan.
"Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat".

pesanaa !


Telah dipastikan bahawa terdapat terlalu ramai dari kita yang tidak sah mandi wajibnya. Saya kongsikan artikel ini untuk semuanya...sila share atau copy di blog masing-masing..terima kasih-Azarudin Bocheh.

Assalamualaikum,
Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM.

Mandi wajib yg betul..
Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Ustaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

“Akibatnya, mandi wajibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yg dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas kata beliau.

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah. Rukun mandi wajib ada 3 perkara.
Pertama, niat. 
Kedua, menghilangkan najis dibadan. 
Ketiga, meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.
Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.”
Atau "Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala."

Niat itu di dalam hati & ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan. Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu, dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu, mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan, menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir, meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bwh kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?..Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah).

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik. Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.

Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

Panduan Tambahan
1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, solat, berzikir, dan berdo’a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku).(HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Rahsia 13
Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……
1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.
13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.

Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah. S.A.W. bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu "FRIDAY the 13th" jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!”
Wassalam